Rabu, 16 Mac 2011

Andai Engkau Tahu..

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...

Khamis, 10 Mac 2011

Kisah Yogi Bear dan lain lain

Assalamualaikum wbt.

dah lama tak menulis blog ni, maklum la busy sangat dengan LAB REPORT dan ASSIGNMENT. Tambah lagi aku dah lama tak ONLINE. Memandang kan ujibakat mentor yg ke 5 dah habis, ak pun tertarik dengan satu ayat di mana ade lah sorang abang ni ( abang ke? mungkin pak cik kot, ehe)

' TAPI, bile datang ramai orang, MALU! macam tu nak jadi artis? '

hahaha tapi ayat ni kena sebut dgn antonasi yang betul, kalau salah silap2 ayat ni mcam USOP dalam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. haha. kite bako kite bako!!

dan ayat kt atas tu la, menjadi fevret ak dan kekwan lain. tu pun sebab dorg suke dengar ak ajuk.
erm, just main2 ok. kalau boleh nak jadi FAN abg tu je kan.hahaha.

YG pasal tajuk kali ni, yakni pasal YOGI BEAR, ak selalu di kaitkan dengan sorg classmate ak ni, name dia kk aina. muka, nak kata mirip ak, ade la kot sikit ( last2 kene mengaku gak, **sigh**).
dia ni suka citer katun, nak2 katun2 yg epi go lucky kan, apetah lagi BARBIE.
ntah nape tetibe ak lak di kaitkan dgn die, jijot ngn fah suka je menempelak ak suh g tgk YOGI BEAR ngn kk aina, at last dgn CHAN pun masuk skali. hahaha..

eh, ingat ak nk pegi ke tgk YOGI BEAR tu?
baik ak tgk citer korea kt laptop, ulang 3 IDIOTS lapan belas kali pun ak rela drpd tgk citer katun. adush.

lalu, di kedewasaan ini (mungkin ak dah makin matang kot), ak berazam nak meneruskan dan memperjuangkan sifat2 kesenian yg ada pada ak ni dgn melakukan ape yg termampu.

tk lama lagi dah nak abes posting, apepun, nota2 kena bukak jugak wei. walaupun kekadang hari minggu tu di isi dengan mengemas, memberus dan menyental toilet ala 5 bintang kt hostel tu, dan segala bagai, tidak di lupa kena jugak tido.
tido tido tido, bosan ke?
tepuk dada tanya selera. wawawa~

k la, sori la post kali ni tkde gmbar, ta sempat nk upload. kang nnti kalau upload, ade yg berminat cemane?
*market*
hahaha.. semoga para2 pembaca hav a good day dan segala mcam la.

dush3~ kamsammitda!